SAKIT DARI ALLAH, PENAWARNYA DARI ALLAH( BACA BEB~ CERITA PENDEK YANG BENAR)


alhamdulillah syukur atas nikmat allah, kita dapat lahir, menghirup udara yang segar dari hari kehari menikmati kebesaran dan nikmat yang allah berikan, aku bukan nk bersyarah atau berkata2 pujangga, tpi aku nk cerita pasal SAKIT YANG ALLAH BERIKAN,PENAWAR JUGA DARI ALLAH... seperti yang kita sendiri tau, allah mendatangkan sakit bukan hanya untuk saja2..tpi allah berikan untuk memadam dosa2 kita masa lampau...insy'allah.. moga2 bergitulah..
aku nk start cerita dgn alhamdulillah...kerana allah telah memberikan aku idea dan hidayah utk menulis, sidikit almu walaupun aku pasti ramai yang x akan baca..hehehe..aku bersyukur atas allah yang telah menyihatkan semua allah keluarga aku yang selama ni telah menempuh perbagai-bagai masalah..ABD RAHMAN BIN SHAK.. itulah nama ayah aku yang merupakan watak utama dalam cerita nie..
bermulanya dgn peniggalan sahabat karibnya allahyarham pakcik RASUL yang merupakan sahabat karibnya semenjak ayah aku kecil sampai besar sampai masuk askar, sampai pencen sebagai askar, dia merupakan sahabat ayah aku yang paling rapat dengan ayah aku, peniggalannya telah memberi impak besar dalam family aku, walaupun dia tidak ada sebarang pertalian darah dengan ayah aku, tapi dia merupan sahabat ayah aku yang paling ayahku sayang..
apabila pakcik rasul meniggal, ayah aku mula menunjukkan tanda2 murung atau dipanggil Penyakit Kemurungan (Depression)"Stigma masyarakat yang mudah melabel pesakit ini sebagai orang gila, sewel atau sakit jiwa selain pengaruh budaya yang menganggap simptom kemurungan sebagai perbuatan sihir, buatan orang atau roh jahat menjadi antara faktor utama ramai enggan atau menangguhkan rawatan Kesedihan kemurungan tidak sama dengan kesedihan biasa yang dialami kebanyakan orang " google... sebab setiap kali ayah aku akan nampak kawan karibnya dan menghadapi masalah susah untuk tidur..dan pada masa yang sama ayahku pula ditimpa penyakit yang lain iaitu kuman yang berjangkit pada matanya,  dan aku dan ahli keluarga aku terpaksa berulang alik ke hospital menjaga ayah sehingga dia selesai membuat operation.. selesai dari operation, ayah aku masih lagi menghadapi kemurungan dalam dirinya akibat impak dari kematian kawan baiknya..
selepas sakit akibat kemurungan,kali nie keluarga aku ditimpa pula dengan ujian lain, ibuku SITI ZABEDAH BINTI ABD KADIR menghadapi  penyakit darah tinggi akibat demam, dan dia dibawa kehospital dan doktor mengesahkan dia menghadapi strok setengah badan hingga ke otak, saat tu aku rasa saat paling teruk aku pernh hadapi dalam hidup aku , ibuku telah kembali kepada peragai asalnya, iaitu menjadi kebudak-budakkan kembali. membuang air tanpa disedari
dan kadang-kadang dia menjadi pelupa..saat tu aku masih lagi mengambil diploma di UITM melaka..aku terpaksa berulang alik dari UITM ke rumah yang mengambil masa dalam 30 minit..
saat tu lagi membuatkan ayah aku lebih murung dari biasa, seperti burung kepatahan sayap, yang tak mampu untuk terbang,ayah masa tu asyik terbaring saja, dan dia tidak mempu membuat apa-apa akibat dari penyakit murung. dia rasa dirinya amat letih dan lemah,seperti orang yang sakit sedangkan kami berualng alik dari hospital buat medical checkup utk dia tapi keputusan doktor tetap sama, yang mengatakan ayah aku sihat seperti orang normal, dan kami mula berubat cara kampung dgn berjumpa bomoh dan ustaz2.. pada aku, mmg tidak percaya tentang semua nie, tpi tawak'allah....
masa tu abg aku AMIR SAHHIR BIN ABD RAHMAn yang baru sahaja selesai dari ujian STPM, dia hanya duduk dirumah dan menjaga ayah dan ibuku, aku ketika itu sedang menghadapi FINAL presentation dan aku terpaksa berhenti ulang alik dari rumah kerana fokus pada pembelajaran aku dan serahkan segala tugas rumah kepada abg aku, hampir dua minggu jugak masa tu aku tak balik kerumah, selesai je final, terus aku cabut balik.
sampai ke kat rumah aku terkejut tgok keadaan rumah aku,ayah dah tidak lagi mcm dulu, kali nie dia seperti pulih macam biasa, bergelak ketawa, sambil dia boleh buatkan air untuk ahli keluarga aku, ibuku masih sama tapi tidak lagi seteruk dulu saat dia mula-mula menghadapi penyakit strok, kali nie dia boleh membuat sesuatu dengan dirinya sendrii. ayah pula pulih seperti biasa, saat tu aku pelik, aku masih tertanya-tanya, macam mana ayah boleh pulih seperti biasa, aku bersyukur atas nikmat allah kerana memulihkan ayah aku, cuma aku maish nak tahu mcm mana ayah boleh pulih, walhal dah macam-macam cara kali gunakan..
akhrnya aku bertanya pada abangku  AMIR SAHHIR, rupa-rupanya baru ku tahu bagaimana ayah pulih seperti sediakala, abangku memberitahu, dia pada mulanya rasa marah bila tengok ayah asyik terbaring saja dikatil, akhirnya dia memandikan ayah aku dan mengajaknya pergi ke ladang getah yang semaklin meninggi semaknya, ayah aku pada mulanya menolak,tpi akibat dari paksaan abg aku, dia terpaksa ikut juga, saat itu abg aku sampai sahaja dikebun getah ayah aku, dia meniggalkan ayahku berseorangan dikebun getahnya kerana ingin menguruskan hal ibuku.. selepas selesai menguruskan hal dirumah, abg aku bergegas kekebun untuk mengambil ayahku yang keseorangan, tiba-tiba..
sampai sahaja dikebun getah tu, ayah aku sudah tiada, masa tu abg aku memang terkejut, takut-takut perkara lain terjadi, tiba-tiba terdegar suara yang memanggil abangku diatas pokok, saat tu abg aku tgok ayah sudah berada diatas pokok getah sambil mengayut-gayutkan dirinya, dari satu pohon kepohon yang lain, ayahku seperti tarzan, bergayut2..masa tu dia  menjerit pada abang aku, "abang, ayah rasa ayah dah sihat balik la"...
masa tu abang aku biarkan sahaja ayah bergayut-gayut pada pohon getah tersebut sehingga petang...
 semenjak kejadiani tu, ayah sentiasa berulang alik kekebun, dan menguruskan kebun getahnya seperti sedia kala..sehingga sekarang, allah telah memberikan kekuatan pada ayahku, dan hati yang cekal untuk menhadapi rintangan hidup SAKIT YANG ALLAH BERIKAN, PENAWAR JUGA ALLAH BERIKAN..
oleh itu nasihat aku, x payah la kita berjumpa bomoh atau mahkluk2 lain yang tidak mampu untuk mengubat penyakit hati atau murung, bagi aku perbanyakkan lah tawakallah dan berdoa jika kita menhadapi penyakit ini.. insyallah... allah sahaja tempat kita mengadu
 

nie dia motor ayahda aku hehhee... merempit pagi2..


NIE LA LADANG GETAH YANG AKU CERITAKAN TUH..



Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

MASA

LaGi Bnyak Tiang DAri Orang