titian perjalanan seorang sufi

Wednesday, October 16, 2013

l i k u - l i k u . k e h i d u p a n .

Hari2 aku jumpe org yg aku xknl dgn pelbagai perangai aku dah tengok..entahlah mungkin Allah nk berikan aku ujian agar aku terus kuat dlm hidup nie...akhirnya aku taw siapa kwan siapa lawan aku...aku akhirnye ade pling bwh di antara kwn2 aku yg lain...setiap kali memikirkan tentang hidup nie aku rase takut....sampai aku rasa xnk tido sbb tkutkan fantasi aku yg x pernah jadi realiti...aku asyik memikirkan tentang kesimpulan tpi aku xpernah cuba...aku asyik rsa aku nie bodoh..hemmmm...

Friday, April 19, 2013

MASA

       Masa...semenjak abis belajar nie,aku banyak luangkan masa aku kat rumah,dulu..aku rasa sangat sempit masa yang aku ada bila aku belajar, tapi abisnya masa belajar aku baru merasai keluangan yang tak terhingga..setiap kali aku akan keluar rumah dan tgok ada langit, setiap kali itu jugak aku terfikir betul le keputusan aku dan betul ke perjalanan aku,
        aku sendiri tak tau mana arah aku, setiap kali aku tengok jam di dinding, terdetik pada hati aku betapa lajunya masa yang berjalan,sebelum nie aku tak pernah merasai masa yang selaju nie....
        haritu aku teman hasan(jiran) pergi bayar saman kereta yang dia kena, sampai je ke balai, mata aku terpandang pada seorang wanita yang berumur dalam linkungan 70 ke 80 tahun yang duduk di kerusi malas pondok dihadapan rumanya,wanita itu sedang memndang sekeliingnya,
        setiap kali kereta melalui hadapan rumanya, anak matanya yang suram akan mengekori bayang-bayang kereta tersebut,walaupun lambat mungkin akibat faktor umur,menyebabkan matanya kurang penglihatan, tapi dia cuba melihat sekelilingnya dengan teliti,
         disebelahnya ada pekerja indonesia yang sedang tekun membuat kerja, sekali aku terpandang, melihat wanita tua itu seperti mandur yang sedang mengarah pekerja indonesia membuat kerja, :D
         dalam hati aku terdetik, kenapa wanita itu duduk keseorangan dibawah pondok yang hampir reput dimamah anai-anai...aku terasa ingin bertanya pada org tua itu, tpi mungkin dengan biarkan dia keseorangan lagi tenag dari aku memenigkan dia...
         bergitulah,dalam hati ini terdetik, bagaimanakan aku kelak ketika tua, pada waktu itu aku berumur 70 mungkin atau 80..adakah aku akan merasa seperti apa yang dirasa oleh wanita tua itu, mengenang waktu mudanya hari-hari..
         aku merasakan hati nie terlampau dalam untuk aku selam,hanya allah tahu tentang hati nie dan dosa-dosa yang aku dah buat pada masa lampau, kalaulah MASA dapat diputarkan semua, aku ingin kembali pada waktu burukku dan cuba melawan hati yang jahil nie... ya allah...kuatkanlah hati hambamu ini dalam mencari keredaan mu...







Friday, January 25, 2013

KISAH PAKU DI DINDING..

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat
mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.
Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.

"Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut.

"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita
ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya.

Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.

Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira.
Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu
persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.

Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya. Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata

"Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal."

Sahabat adalah permata yang sukar dicari.
Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah kejayaan.
Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa
membuka hatinya kepada kita.

Wednesday, January 9, 2013

SAKIT DARI ALLAH, PENAWARNYA DARI ALLAH( BACA BEB~ CERITA PENDEK YANG BENAR)


alhamdulillah syukur atas nikmat allah, kita dapat lahir, menghirup udara yang segar dari hari kehari menikmati kebesaran dan nikmat yang allah berikan, aku bukan nk bersyarah atau berkata2 pujangga, tpi aku nk cerita pasal SAKIT YANG ALLAH BERIKAN,PENAWAR JUGA DARI ALLAH... seperti yang kita sendiri tau, allah mendatangkan sakit bukan hanya untuk saja2..tpi allah berikan untuk memadam dosa2 kita masa lampau...insy'allah.. moga2 bergitulah..
aku nk start cerita dgn alhamdulillah...kerana allah telah memberikan aku idea dan hidayah utk menulis, sidikit almu walaupun aku pasti ramai yang x akan baca..hehehe..aku bersyukur atas allah yang telah menyihatkan semua allah keluarga aku yang selama ni telah menempuh perbagai-bagai masalah..ABD RAHMAN BIN SHAK.. itulah nama ayah aku yang merupakan watak utama dalam cerita nie..
bermulanya dgn peniggalan sahabat karibnya allahyarham pakcik RASUL yang merupakan sahabat karibnya semenjak ayah aku kecil sampai besar sampai masuk askar, sampai pencen sebagai askar, dia merupakan sahabat ayah aku yang paling rapat dengan ayah aku, peniggalannya telah memberi impak besar dalam family aku, walaupun dia tidak ada sebarang pertalian darah dengan ayah aku, tapi dia merupan sahabat ayah aku yang paling ayahku sayang..
apabila pakcik rasul meniggal, ayah aku mula menunjukkan tanda2 murung atau dipanggil Penyakit Kemurungan (Depression)"Stigma masyarakat yang mudah melabel pesakit ini sebagai orang gila, sewel atau sakit jiwa selain pengaruh budaya yang menganggap simptom kemurungan sebagai perbuatan sihir, buatan orang atau roh jahat menjadi antara faktor utama ramai enggan atau menangguhkan rawatan Kesedihan kemurungan tidak sama dengan kesedihan biasa yang dialami kebanyakan orang " google... sebab setiap kali ayah aku akan nampak kawan karibnya dan menghadapi masalah susah untuk tidur..dan pada masa yang sama ayahku pula ditimpa penyakit yang lain iaitu kuman yang berjangkit pada matanya,  dan aku dan ahli keluarga aku terpaksa berulang alik ke hospital menjaga ayah sehingga dia selesai membuat operation.. selesai dari operation, ayah aku masih lagi menghadapi kemurungan dalam dirinya akibat impak dari kematian kawan baiknya..
selepas sakit akibat kemurungan,kali nie keluarga aku ditimpa pula dengan ujian lain, ibuku SITI ZABEDAH BINTI ABD KADIR menghadapi  penyakit darah tinggi akibat demam, dan dia dibawa kehospital dan doktor mengesahkan dia menghadapi strok setengah badan hingga ke otak, saat tu aku rasa saat paling teruk aku pernh hadapi dalam hidup aku , ibuku telah kembali kepada peragai asalnya, iaitu menjadi kebudak-budakkan kembali. membuang air tanpa disedari
dan kadang-kadang dia menjadi pelupa..saat tu aku masih lagi mengambil diploma di UITM melaka..aku terpaksa berulang alik dari UITM ke rumah yang mengambil masa dalam 30 minit..
saat tu lagi membuatkan ayah aku lebih murung dari biasa, seperti burung kepatahan sayap, yang tak mampu untuk terbang,ayah masa tu asyik terbaring saja, dan dia tidak mempu membuat apa-apa akibat dari penyakit murung. dia rasa dirinya amat letih dan lemah,seperti orang yang sakit sedangkan kami berualng alik dari hospital buat medical checkup utk dia tapi keputusan doktor tetap sama, yang mengatakan ayah aku sihat seperti orang normal, dan kami mula berubat cara kampung dgn berjumpa bomoh dan ustaz2.. pada aku, mmg tidak percaya tentang semua nie, tpi tawak'allah....
masa tu abg aku AMIR SAHHIR BIN ABD RAHMAn yang baru sahaja selesai dari ujian STPM, dia hanya duduk dirumah dan menjaga ayah dan ibuku, aku ketika itu sedang menghadapi FINAL presentation dan aku terpaksa berhenti ulang alik dari rumah kerana fokus pada pembelajaran aku dan serahkan segala tugas rumah kepada abg aku, hampir dua minggu jugak masa tu aku tak balik kerumah, selesai je final, terus aku cabut balik.
sampai ke kat rumah aku terkejut tgok keadaan rumah aku,ayah dah tidak lagi mcm dulu, kali nie dia seperti pulih macam biasa, bergelak ketawa, sambil dia boleh buatkan air untuk ahli keluarga aku, ibuku masih sama tapi tidak lagi seteruk dulu saat dia mula-mula menghadapi penyakit strok, kali nie dia boleh membuat sesuatu dengan dirinya sendrii. ayah pula pulih seperti biasa, saat tu aku pelik, aku masih tertanya-tanya, macam mana ayah boleh pulih seperti biasa, aku bersyukur atas nikmat allah kerana memulihkan ayah aku, cuma aku maish nak tahu mcm mana ayah boleh pulih, walhal dah macam-macam cara kali gunakan..
akhrnya aku bertanya pada abangku  AMIR SAHHIR, rupa-rupanya baru ku tahu bagaimana ayah pulih seperti sediakala, abangku memberitahu, dia pada mulanya rasa marah bila tengok ayah asyik terbaring saja dikatil, akhirnya dia memandikan ayah aku dan mengajaknya pergi ke ladang getah yang semaklin meninggi semaknya, ayah aku pada mulanya menolak,tpi akibat dari paksaan abg aku, dia terpaksa ikut juga, saat itu abg aku sampai sahaja dikebun getah ayah aku, dia meniggalkan ayahku berseorangan dikebun getahnya kerana ingin menguruskan hal ibuku.. selepas selesai menguruskan hal dirumah, abg aku bergegas kekebun untuk mengambil ayahku yang keseorangan, tiba-tiba..
sampai sahaja dikebun getah tu, ayah aku sudah tiada, masa tu abg aku memang terkejut, takut-takut perkara lain terjadi, tiba-tiba terdegar suara yang memanggil abangku diatas pokok, saat tu abg aku tgok ayah sudah berada diatas pokok getah sambil mengayut-gayutkan dirinya, dari satu pohon kepohon yang lain, ayahku seperti tarzan, bergayut2..masa tu dia  menjerit pada abang aku, "abang, ayah rasa ayah dah sihat balik la"...
masa tu abang aku biarkan sahaja ayah bergayut-gayut pada pohon getah tersebut sehingga petang...
 semenjak kejadiani tu, ayah sentiasa berulang alik kekebun, dan menguruskan kebun getahnya seperti sedia kala..sehingga sekarang, allah telah memberikan kekuatan pada ayahku, dan hati yang cekal untuk menhadapi rintangan hidup SAKIT YANG ALLAH BERIKAN, PENAWAR JUGA ALLAH BERIKAN..
oleh itu nasihat aku, x payah la kita berjumpa bomoh atau mahkluk2 lain yang tidak mampu untuk mengubat penyakit hati atau murung, bagi aku perbanyakkan lah tawakallah dan berdoa jika kita menhadapi penyakit ini.. insyallah... allah sahaja tempat kita mengadu
 

nie dia motor ayahda aku hehhee... merempit pagi2..


NIE LA LADANG GETAH YANG AKU CERITAKAN TUH..



Tuesday, November 13, 2012

LELAKI

‎"Saat Ku-ciptakan lelaki, aku membuatnya sebagai pemimpin keluarga serta sebagai tiang penyangga dari bangunan keluarga, dia senantiasa akan berusaha untuk menahan setiap hujungnya, agar keluarganya merasa aman, teduh dan terlindung."
"Ku ciptakan bahunya yang kuatdan berotot untuk membanting- tulang menghidupi seluruhkeluarganya dan kegagahannya harus cukup kuat pula untuk melindungi seluruh keluarganya." "Ku berikan kemahuan padanya agar selalu berusaha mencari sesuap nasi yang berasal dari titisan keringatnya sendiri yang
halal dan bersih, agar keluarganya tidak terlantar, walaupun seringkali dia mendapat cercaan dari anak-anaknya".
"Ku berikan keperkasaan dan mental baja yang akan membuat dirinya pantang menyerah, demi keluarganya dia merelakan kulitnya tersengat panasnya matahari, demi keluarganya dia merelakan badannya berbasah kuyup kedinginan dan kesejukan kerana tersiram hujan dan dihembus angin, dia relakan tenaga perkasanya dicurahkan demi keluarganya, dan yang selalu dia ingat, adalah disaat semua orang menanti
kedatangannya dengan mengharapkan hasil dari jerih- payahnya." "Kuberikan kesabaran, ketekunan
serta kesungguhan yang akan membuat dirinya selalu berusaha merawat dan membimbing
keluarganya tanpa adanya keluh kesah, walaupun disetiap perjalanan hidupnya keletihan dan kesakitan kerapkali
menyerangnya". "Ku berikan perasaan cekal dan gigih untuk berusaha berjuang demi mencintai dan mengasihi keluarganya, didalam suasana dan situasi apapun juga, walaupun tidaklah jarang anak-
anaknya melukai perasaannya, melukai hatinya. Padahal perasaannya itu pula yang telah memberikan
perlindungan rasa aman pada saat dimana anak-anaknya tertidur lelap. Serta sentuhan perasaannya itulah yang memberikan kenyamanan bila saat dia sedang menepuk-nepuk bahu anak-anaknya agar selalu saling menyayangi dan saling mengasihi sesama saudara.""Ku berikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk
memberikan pengertian dan kesedaran terhadap anak-anaknya tentang saat kini dan saat mendatang, walaupun seringkali ditentang bahkan dikotak-katikkan oleh anak-anaknya." "Ku berikan kebijaksanaan dan
kemampuan padanya untuk memberikan pengetahuan dan menyedarkan, bahawa isteri yang
baik adalah isteri yang setia terhadap suaminya, isteri yang baik adalah isteri yang senantiasa menemani, dan bersama-sama menghadapi perjalanan hidup baik suka mahupun duka, walaupun seringkali
kebijaksanaannya itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada isteri, agar tetap berdiri, bertahan, sepadan dan saling melengkapi serta saling
menyayangi." "Ku berikan kerutan diwajahnya agar menjadi bukti, bahawa lelaki
itu senantiasa berusaha sekuat daya fikirnya untuk mencari dan menemukan cara agar keluarganya dapat hidup didalam keluarga bahagia dan badannya yang terbongkok agar dapat membuktikan, bahawa sebagai
lelaki yang bertanggungjawab terhadap seluruh keluarganya, senantiasa berusaha mencurahkan sekuat tenaga serta segenap perasaannya, kekuatannya, kesungguhannya demi kelanjutan hidup
keluarganya." "Ku berikan kepada lelaki tanggungjawab penuh sebagai pemimpin keluarga, sebagai tiang
penyangga ( seri / penyokong ), agar dapat dipergunakan dengan sebaik-baiknya. Dan hanya inilah
kelebihan yang dimiliki oleh lelaki, walaupun sebenarnya tanggungjawab ini adalah amanah di dunia dan akhirat."

Monday, May 21, 2012

heart~

enthla..semenjak dua menjak nie..aku rasa lain je..tba2 hati nie mcm nk dipenuhi oleh someting.. bukannya benda2 yang x elok..tpi aku rasa mcm nk masukkan dalam ruang kekosongan utk kasih sayang...selama nie, aku x pernh percaya pada hati..tpi kali nie..aku rasa mcm nk merasai ertinya bercinta.. tpi aku takut.. ramai org ckp couple tu haram..n membawa ke arah kemudaratan..tpi aku nk cuba cari..apa makna cinta sebenarnya.. skrg nie..hati aku dah mula merasa...jika ad seseorg yang dapat menawan hati aku..aku akan cuba menjadi imam yang terbaik dlm hatinya dan utk dirinya..insyallah..

Wednesday, March 14, 2012

LaGi Bnyak Tiang DAri Orang

         hehe Lelaki baik..alahamdulillah..aku baru jerk balik dari KL kota dusta..huaha..ramai gile org..aku sendiri mabuk gi pavilion aper tah...aku tgok melayu ramai giler kat sana..pakaian mmg x bleh blah..(aku rasa klu pak imam yg x kuat pown bleh tercabut serban..)hehehe..ramai yg bertudung tpi salah dgn caranya..ramai yang mengunyah puas org lain kelaparan,ramai yang tdo lena tpi org lain tido dijalanan,..mcm p.ramlee ckp kekuatan hang tuah pada kerisnya atau tenaganya atau namanya..tpi aku rasa kekuatan manusia semua dari imanya..
        x ramai manusia yang rela berlapar,tpi x tau ke kan tu satu mimpi jerk..dalm dunia nie semua mimpi.. kita berjalan,kita makan,kita bermain..senag kata semuanya mimpi..tpi knp manusia masih lalai..
 Surah Wal-Asri, “ Demi masa sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali yang beriman dan beramal soleh, dan mereka yg berpesan dgn kebenaran dan mereka yg berpesan dgn kesabaran”